Apa itu Francaisor ?

Definisi: •           Francaisor ialah orang yang memberikan francais kepada pemegang francais dan termasuk pemegang francais induk berkenaan dengan hubungannya dengan pemegang sub-francais. Kebaikan: •            Berpeluang meluaskan perniagaan tanpa penggunaan modal sendiri•            Faedah ekonomi bidangan•            Perkongsian risiko•            Mengurangkan masalah pengurusan sumber manusia•            Mendapat maklumbalas perniagaan yang lebih luas•           ...

Skim Francais

Skim Pembiayaan Francais (SPF) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) dengan kerjasama Credit Guarantee Corporation (CGC) telah memperkenalkan SKIM PEMBIAYAAN FRANCAIS (SPF), khusus untuk membantu usahawan yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan francais. Melalui skim ini, para usahawan boleh mendapatkan pembiayaan menerusi institusi kewangan tertentu yang mengambil bahagian dalam skim ini. Bank-bank Perdagangan Yang Terlibat   * CIMB Bank Berhad   * Maybank Berhad Modus Operandi Peminjam hendaklah berdaftar dengan KPDNKK di bawah Program Pembangunan Francais. Setelah mendapat pengesahan dari KPDNKK, permohonan peminjam boleh dihantar ke institusi kewangan untuk penilaian dan kelulusan. Pihak CGC akan mengeluarkan surat Jaminan...

Program Pembangunan Francais Tempatan (PPFT)

Pengenalan Program Pembangunan Francais Tempatan(PPFT) adalah satu program yang bertujuan untuk memberikan bantuan kepada pengusaha-pengusaha tempatan yang mempunyai produk yang berpotensi untuk difrancaiskan tetapi tidak mengetahui cara untuk memfrancaiskan produk tersebut.Melalui program ini, pengusaha yang berkelayakan akan dibimbing dari peringkat awal sehingga pembukaan outlet prototaip, dengan kos bayaran perundingan dibiayai sepenuhnya oleh KPDNKK. Skop Pembangunan Produk Permohonan pembangunan produk boleh dipertimbangkan sekiranya ia menerusi kaedah berikut:Daripada asal atau scratch Perniagaan yang berpotensi difrancaiskan Produk sedia ada untuk conversion  ke produk francais Usahasama antara PNS dan para pengusaha Perniagaan yang berpotensi difrancaiska...

Program Pembangunan Francais

Pengenalan Program Pembangunan Francais (PPF) adalah satu program pemasaran berteraskan konsep Pensyarikatan Malaysia yang bertujuan membangunkan usahawan-usahawan kecil dan sederhana (UKS) di sektor perdagangan, perkhidmatan dan perindustrian. Pelaksanaan sistem Francais memungkinkan penyertaan UKS ke dalam satu rangkaian perniagaan tempatan dan antarabangsa yang lebih besar dan risiko yang lebih rendah berbanding memulakan perniagaan sendiri. Di bawah PPF, syarikat induk atau francaisor memberikan hak pemasaran/pengedaran yang komprehensif kepada UKS atau syarikat francaisi bagi menjalankan sebuah perniagaan yang berdaya maju dan kompetitif berdasarkan satu kontrak yang dipersetujui bersama untuk satu tempoh masa tertentu dan dijalankan pada suatu kawasan yang dikenalpasti. Syarat-syarat...

Muat Turun Borang

Borang BPF Bil Perkara 1 BORANG BPF1 - BORANG PENDAFTARAN FRANCAISOR DI BAWAH PROGRAM PEMBANGUNAN FRANCAIS 2 BORANG BPF2 - BORANG PERMOHONAN MEMPERBAHARUI SIJIL PENGIKTIRAFAN SYARIKAT FRANCAISOR PROGRAM PEMBANGUNAN FRANCAIS 3 BORANG BPF3 - BORANG PERMOHONAN DANA BANTUAN PEMBANGUNAN FRANCAIS Borang BAF Bil Perkara 1 BORANG BAF1 - DOKUMEN PENZAHIRAN SISTEM FRANCAIS 2 BORANG BAF2 - BORANG PERMOHONAN PENDAFTARAN FRANCAIS OLEH PEMBERI FRANCAIS/PEMEGANG FRANCAIS PEMBERI FRANCAIS ASING 3 BORANG BAF5 -BORANG PENDAFTARAN BROKER FRANCAIS 4 BORANG BAF6 - LAPORAN TAHUNAN PERNIAGAAN FRANCAIS LAMPIRAN A - BILANGAN FRANCAISI (PEMEGANG FRANCAIS) LAMPIRAN B - BORANG PROFAIL FRANCAISI LAMPIRAN C -...

Skim Pinjaman Kecil Francais

Bagi membantu bakal-bakal usahawan daripada golongan berpendapatan sederhana menceburi bidang perniagaan francais dan menjana pendapatan sampingan, Kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah memperkenalkan SKIM PEMBIAYAAN KECIL FRANCAIS (SPKF) yang menawarkan pembiayaan maksimum sehingga RM50,000. Skim ini menyediakan pembiayaan perniagaan kepada bakal-bakal usahawan untuk menceburi bidang perniagaan francais secara mikro yang menawarkan satu model perniagaan yang teratur, sistematik dan kurang berisiko. Objektif SPKF bertujuan untuk memberi bantuan kewangan kecil (micro-franchising) kepada francaisi tempatan yang berpendapatan kecil dan sederhana dengan pembiayaan maksimum sehingga RM50,000. Syarat-syarat Pemberian Skim Pembiayaan Kecil...

Dana Bantuan Pembangunan Francais

Tujuan Dana Dana Bantuan Pembangunan Francais bertujuan memberi bantuan kepada pengusaha - pengusaha individu atau syarikat tempatan agar dapat meringankan bebanan, menjadi insentif dan memberi galakan bagi memfrancaiskan produk dan perniagaan tempatan atau luar Negara di Malaysia. Kerajaan tidak memberi bantuan secara penuh kepada pengusaha. Pihak pengusaha perlu juga mengeluarkan modal sendiri bagi memfrancaiskan perniagaan mereka. lni boleh dilihat sebagai satu pelaburan dalam usaha untuk memperbesarkan perniagaan dan menunjukkan komitmen mereka terhadap usaha yang dijalankan. Bentuk dan Kelayakan Bantuan Pengeluaran bantuan akan dibuat setelah kesemua fasa-fasa dipenuhi dan mengikut kelayakan seperti yang ditunjukkan dijadual kelayakan...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hosted Desktop