Pendaftaran Perniagaan Francais

Pendaftaran Perniagaan Francais

Perniagaan francais di Malaysia dikawal di bawah Akta Francais 1998. Akta ini terpakai bagi penjualan apa-apa francais di seluruh Malaysia. Mengikut Akta, pendaftaran juga perlu dilakukan oleh syarikat yang sebelum ini telah berdaftar di bawah Jabatan Perdana Menteri atau MECD.

Penjualan sesuatu francais adalah disifatkan di dalam Malaysia jika:
  • Suatu tawaran untuk menjual atau membeli francais
  • Dibuat di dalam Malaysia dan diterima di dalam atau di luar Malaysia
  • Dibuat di luar Malaysia dan diterima di dalam Malaysia
  • Perniagaan yang difrancaiskan itu dikendalikan atau akan dikendalikan di dalam Malaysia

Permohonan Pendaftaran Francais

Seksyen 6, akta Francais 1998 memperuntukkan bahawa, seseorang francaisor atau francaisi induk perlu membuat permohonan pendaftaran francais kepada Pendaftar Francais, MECD, dengan mengemukakan permohonan tersebut kepada Pendaftar beserta dokumen-dokumen dan maklumat berikut:-
  • Dokumen penzahiran yang lengkap. Format dokumen penzahiran adalah seperti yang ditunjukkan di BAF1
  • BAF 2 yang telah lengkap diisi (profil pemohon);
  • Sampel perjanjian francais;
  • Manual operasi yang telah terbukti dan lengkap (Bahasa Kebangsaan/Bahasa Inggeris);
  • Manual latihan (Bahasa Kebangsaan/Bahasa Inggeris);
  • Salinan disahkan dokumen/sijil pendaftaran cap dagangan dari  Malaysian Intellectual Property Office (MPO);

Sekiranya cap dagangan telah diserah hakkan kepada pemohon, salinan disahkan dokumen berkenaan perlu dikemukakan bersama.
  • Salinan disahkan sijil pemerbadanan syarikat (Borang 9 / 13, 24, 44 dan 49);
  • Akuan teraudit terkini (3 tahun)berserta penyata kewangan, kunci kira-kira dan akaun untung rugi;
  • Unjuran kewangan francaisi 5 tahun;
  • Gambar outlet prototaip;
  • Brosur/pamplet/laporan tahunan syarikat

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hosted Desktop