Apa itu Francaisor ?


Definisi:

•           Francaisor ialah orang yang memberikan francais kepada pemegang francais dan termasuk pemegang francais induk berkenaan dengan hubungannya dengan pemegang sub-francais.

Kebaikan:

•            Berpeluang meluaskan perniagaan tanpa penggunaan modal sendiri
•            Faedah ekonomi bidangan
•            Perkongsian risiko
•            Mengurangkan masalah pengurusan sumber manusia
•            Mendapat maklumbalas perniagaan yang lebih luas
•            Lebih tumpuan kepada kerja-kerja Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)

Skim Francais

Skim Pembiayaan Francais (SPF)

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) dengan kerjasama Credit Guarantee Corporation (CGC) telah memperkenalkan SKIM PEMBIAYAAN FRANCAIS (SPF), khusus untuk membantu usahawan yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan francais. Melalui skim ini, para usahawan boleh mendapatkan pembiayaan menerusi institusi kewangan tertentu yang mengambil bahagian dalam skim ini.

Bank-bank Perdagangan Yang Terlibat
   * CIMB Bank Berhad
   * Maybank Berhad

Modus Operandi

Peminjam hendaklah berdaftar dengan KPDNKK di bawah Program Pembangunan Francais. Setelah mendapat pengesahan dari KPDNKK, permohonan peminjam boleh dihantar ke institusi kewangan untuk penilaian dan kelulusan. Pihak CGC akan mengeluarkan surat Jaminan untuk permohonan yang lulus.

Syarat-syarat Kelayakan:

    * Perniagaan milik warganegara Malaysia atau yang dikawal oleh warganegara Malaysia
    * Perniagaan berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau pihak berkuasa tempatan
    * Nilai aset bersih atau dana pemegang saham tidak melebihi RM 1.5 juta
    * Jumlah pinjaman yang sedia ada tidak melebihi RM 7.5 juta
  * Peminjam hendaklah tidak mempunyai rekod pinjaman yang tidak baik dengan mana-mana   institusi kewangan atau agensi kerajaan
    * Peminjam hendaklah terlibat secara lansung dan menjalankan perniagaan sepenuh masa
    * Mempunyai lokasi perniagaan yang khusus dan permit / lesen yang sah

Jumlah Pinjaman
Jumlah pinjaman maksimum adalah sebanyak RM 7.5 juta. Jumlah pinjaman yang akan  diluluskan adalah bergantung kepada keperluan perniagaan berkenaan.

Kemudahan Kredit:
    * Pembelian Aset
    * Pinjaman Berjangka
    *  Modal Pusingan
    * Oberdraf
    * Pembiayaan Perdagangan
    * Lain-lain kemudahan ditentukan oleh CGC dari semasa ke semasa


Program Pembangunan Francais Tempatan (PPFT)


Pengenalan

Program Pembangunan Francais Tempatan(PPFT) adalah satu program yang bertujuan untuk memberikan bantuan kepada pengusaha-pengusaha tempatan yang mempunyai produk yang berpotensi untuk difrancaiskan tetapi tidak mengetahui cara untuk memfrancaiskan produk tersebut.
Melalui program ini, pengusaha yang berkelayakan akan dibimbing dari peringkat awal sehingga pembukaan outlet prototaip, dengan kos bayaran perundingan dibiayai sepenuhnya oleh KPDNKK.


Skop Pembangunan Produk


Permohonan pembangunan produk boleh dipertimbangkan sekiranya ia menerusi kaedah berikut:
  1. Daripada asal atau scratch
  2. Perniagaan yang berpotensi difrancaiskan
  3. Produk sedia ada untuk conversion  ke produk francais
  4. Usahasama antara PNS dan para pengusaha
  5. Perniagaan yang berpotensi difrancaiskan

Program Pembangunan Francais


Pengenalan



Program Pembangunan Francais (PPF) adalah satu program pemasaran berteraskan konsep Pensyarikatan Malaysia yang bertujuan membangunkan usahawan-usahawan kecil dan sederhana (UKS) di sektor perdagangan, perkhidmatan dan perindustrian. Pelaksanaan sistem Francais memungkinkan penyertaan UKS ke dalam satu rangkaian perniagaan tempatan dan antarabangsa yang lebih besar dan risiko yang lebih rendah berbanding memulakan perniagaan sendiri.

Di bawah PPF, syarikat induk atau francaisor memberikan hak pemasaran/pengedaran yang komprehensif kepada UKS atau syarikat francaisi bagi menjalankan sebuah perniagaan yang berdaya maju dan kompetitif berdasarkan satu kontrak yang dipersetujui bersama untuk satu tempoh masa tertentu dan dijalankan pada suatu kawasan yang dikenalpasti.


Syarat-syarat penyertaan


 
Semua francaisor atau francaisi induk yang telah berdaftar di bawah Seksyen 6 Akta Francais 1998 layak dipertimbangkan di bawah Program Pembangunan Francais dengan memenuhi syarat-syarat berikut: 
  • Mengemukakan borang BPF 1 yang telah lengkap diisi dan telah diperiksa ketepatan dengannya.
  • Mengemukakan penyata kewangan beraudit bagi tempoh 3 tahun terakhir yang telah diperiksa dan didapati berdaya maju.
  • Mengemukakan unjuran untung/rugi syarikat francaisi bagi tempoh 5 tahun yang telah diperiksa dan didapati wajar.
  • Memiliki sekurang-kurangnya 1 outlet francaisi yang dimiliki oleh syarikat Bumiputera menepati nisbah 30% francaisi Bumiputera seperti yang disyaratkan.
 
Usahawan-usahawan yang layak dan berpotensi untuk dilantik sebagai francaisi dan syarikat-syarikat perniagaan atau usahawan yang mempunyai produk yang berpotensi untuk difrancaiskan adalah dipelawa menyertai PPF.

Skim Pinjaman Kecil Francais


Bagi membantu bakal-bakal usahawan daripada golongan berpendapatan sederhana menceburi bidang perniagaan francais dan menjana pendapatan sampingan, Kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah memperkenalkan SKIM PEMBIAYAAN KECIL FRANCAIS (SPKF) yang menawarkan pembiayaan maksimum sehingga RM50,000.

Skim ini menyediakan pembiayaan perniagaan kepada bakal-bakal usahawan untuk menceburi bidang perniagaan francais secara mikro yang menawarkan satu model perniagaan yang teratur, sistematik dan kurang berisiko.

Objektif

SPKF bertujuan untuk memberi bantuan kewangan kecil (micro-franchising) kepada francaisi tempatan yang berpendapatan kecil dan sederhana dengan pembiayaan maksimum sehingga RM50,000.


Syarat-syarat Pemberian Skim Pembiayaan Kecil Francais:


Kriteria Kelayakan Skim Pembiayaan Kecil Francais


  • Warganegara Malaysia berumur 21 tahun dan ke atas dan tidak melebihi 65 tahun pada tarikh permohonan;
  • Terbuka kepada francaisi tempatan dengan perniagaan francais tempatan berdaftar dengan pendaftar Francais di bawah Akta Francais 1998;
  • Permohonan Pembiayaan perlu dibuat melalui syarikat Sdn. Bhd. / perkongsian / enterprise;
  • Pemohon adalah usahawan yang merupakan pemilik / pengusaha perniagaan;
  • Mempunyai surat tawaran daripada Francaisor tempatan;
  • Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM);
  • Perniagaan 100% milik tempatan (milikan tunggal / perkongsian / Sdn. Bhd.);
  • Tidak disenarai hitam oleh institusi kewangan (*laporan CCRIS menunjukkan ansuran tertunggak tidak melebihi 2 bulan);
  • Tidak diisytihar sebagai seorang bankrup;
  • Tidak berhadapan dengan mana-mana prosiding di mahkamah;
  • Perniagaan yang dijalankan adalah perniagaan berasaskan shariah;
  • Terbuka kepada pakej francais yang tidak melebihi RM50,000 dengan margin pembiayaan 90% termasuk MRTA, yuran guaman dan lain-lain kos yang berkaitan;
  • Pembiayaan melebihi RM10,000 diwajibkan mengambil perlindungan kredit takaful yang ditetapkan.


Dana Bantuan Pembangunan Francais

Tujuan Dana

Dana Bantuan Pembangunan Francais bertujuan memberi bantuan kepada pengusaha - pengusaha individu atau syarikat tempatan agar dapat meringankan bebanan, menjadi insentif dan memberi galakan bagi memfrancaiskan produk dan perniagaan tempatan atau luar Negara di Malaysia. Kerajaan tidak memberi bantuan secara penuh kepada pengusaha. Pihak pengusaha perlu juga mengeluarkan modal sendiri bagi memfrancaiskan perniagaan mereka. lni boleh dilihat sebagai satu pelaburan dalam usaha untuk memperbesarkan perniagaan dan menunjukkan komitmen mereka terhadap usaha yang dijalankan.



Bentuk dan Kelayakan Bantuan


Pengeluaran bantuan akan dibuat setelah kesemua fasa-fasa dipenuhi dan mengikut kelayakan seperti yang ditunjukkan dijadual kelayakan bantuan. Pemberi bantuan tersebut adalah berdasarkan pembayaran semula (reimbursement). Semua tuntuan bagi pembayaran semula hendaklah dibuat dengan menyertakan dokumen sokongan yang disahkan.


Kelayakan Permohonan


  • Syarikat hendaklah berdaftar mengikut keperluan Akta Francais 1998.
  • Syarikat yang menfrancaiskan produk/perniagaan tempatan atau untuk menjadi francaisi induk.
  • Syarikat hendaklah menyertai Program Pembangunan Francais(PPF) Kementerian perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
  • Bantuan perniagaan francais yang boleh mendapat bantuan ini hanyalah bagi “business format   franchise”
  • Syarikat yang mula difrancaiskan di dalam tahun 1996 dan seterusnya sahaja.
  • Syarikat yang mendaftar dengan Pendaftar Syarikat, Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
  • Melantik syarikat juruperunding yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan.
  • Syarikat yang tidak melantik juruperunding boleh juga memohon tetapi bantuan ditentukan oleh   Jawatankuasa Pengurusan DBPF.
  • Hendaklah memohon menggunakan borang permohonan yang ditetapkan.



Syarat-syarat Kelulusan

  • Syarikat telah berdaftar mengikut keperluan Akta Francais 1998.
  • Syarikat telah diperakukan sebagai francaisor di bawah Program Pembangunan Francais (PPF) selepas tahun 1996.
  • Syarikat berdaftar dengan Pendaftar Syarikat, Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
  • Tuntutan ke atas DBPF mestilah tidak melebihi 3 tahun dari tarikh pendaftaran di bawah PPF.
  • Syarikat mestilah milik penuh warganegara Malaysia dan telah mempunyai prototaip outlet yang berdaya maju serta mempunyai sekurang - kurangnya 30% keseluruhan francaisi adalah Bumiputera.
  • Setiap syarikat hanya layak mendapat bantuan bagi satu produk sahaja dan jika mendapat bantuan bagi produk yang berbeza maka pengusaha perlu menubuhkan syarikat yang berlainan.
  • Keputusan pemohon dan jumlah kelayakan bantuan akan dipertimbangkan dan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengurusan DBPF.



Jadual Kelayakan Bantuan :


 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hosted Desktop