Program Pembangunan Francais


Pengenalan



Program Pembangunan Francais (PPF) adalah satu program pemasaran berteraskan konsep Pensyarikatan Malaysia yang bertujuan membangunkan usahawan-usahawan kecil dan sederhana (UKS) di sektor perdagangan, perkhidmatan dan perindustrian. Pelaksanaan sistem Francais memungkinkan penyertaan UKS ke dalam satu rangkaian perniagaan tempatan dan antarabangsa yang lebih besar dan risiko yang lebih rendah berbanding memulakan perniagaan sendiri.

Di bawah PPF, syarikat induk atau francaisor memberikan hak pemasaran/pengedaran yang komprehensif kepada UKS atau syarikat francaisi bagi menjalankan sebuah perniagaan yang berdaya maju dan kompetitif berdasarkan satu kontrak yang dipersetujui bersama untuk satu tempoh masa tertentu dan dijalankan pada suatu kawasan yang dikenalpasti.


Syarat-syarat penyertaan


 
Semua francaisor atau francaisi induk yang telah berdaftar di bawah Seksyen 6 Akta Francais 1998 layak dipertimbangkan di bawah Program Pembangunan Francais dengan memenuhi syarat-syarat berikut: 
  • Mengemukakan borang BPF 1 yang telah lengkap diisi dan telah diperiksa ketepatan dengannya.
  • Mengemukakan penyata kewangan beraudit bagi tempoh 3 tahun terakhir yang telah diperiksa dan didapati berdaya maju.
  • Mengemukakan unjuran untung/rugi syarikat francaisi bagi tempoh 5 tahun yang telah diperiksa dan didapati wajar.
  • Memiliki sekurang-kurangnya 1 outlet francaisi yang dimiliki oleh syarikat Bumiputera menepati nisbah 30% francaisi Bumiputera seperti yang disyaratkan.
 
Usahawan-usahawan yang layak dan berpotensi untuk dilantik sebagai francaisi dan syarikat-syarikat perniagaan atau usahawan yang mempunyai produk yang berpotensi untuk difrancaiskan adalah dipelawa menyertai PPF.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hosted Desktop